Kunjungan Hormat ke Pejabat Ketua Polis Negeri Sabah
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Ketua Polis Negeri Sabah, Datuk Jauteh bin Dikun atas kesudian menerima kunjungan hormat kami pada minggu lalu.
Kunjungan ini merupakan satu penghormatan besar dan menjadi platform penting untuk pihak kami membentangkan perancangan pembangunan terkini syarikat di kawasan Putatan.





Pihak kami amat menghargai keterbukaan dan sokongan yang ditunjukkan oleh YBhg. Datuk, dan berharap agar jalinan kerjasama antara pihak Polis Diraja Malaysia dan syarikat kami akan terus diperkukuhkan demi pembangunan yang progresif dan harmoni untuk komuniti setempat.